Thursday 4 August 2011

Susahkah Ajar Bayi Membaca?

Sumber :

http://anakkusayang.com/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=51328:susahkah-ajar-bayi-membaca&catid=42:pendidikan-anak&Itemid=97

Adakah anda fikir bahawa ajar bayi membaca adalah satu beban baginya? Walaupun mengajar bayi membaca adalah suatu yang menyeronokkan, namun ia bukanlah satu-satunya alasan mengapa kita mengajar bayi membaca pada usia awal. Sebenarnya, bayi yang belajar membaca seawal tahun pertama usianya mempunyai kebolehan membaca yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak didedahkan dengan bacaan pada awal usianya.

Ajar huruf dahulu atau perkataan terus?
Percaya atau tidak, sebenarnya bayi boleh membaca keseluruhan perkataan tanpa mengetahui huruf dalam perkataan tersebut. Walaubagaimanapun, kaedah fonik juga adalah kaedah yang penting dalam membantunya menjalani proses membaca kelak. Namun, ada pihak yang berpendapat bahawa mustahil untuk mengajar anak membaca dengan tidak memperkenalkan huruf terlebih dahulu. Namun, saya percaya bahawa mengajar anak membaca sebelum anak masuk ke pra sekolah adalah satu pendedahan yang penting baginya.

Bagaimana pula jika bayi saya tidak minat untuk diajar membaca?
Lihat semula tujuan kita mengajarnya membaca. Tujuan utama mengajar bayi membaca adalah menjadikannya seronok dengan aktiviti tersebut. Bukanlah ingin mencapai tahap-tahap tertentu. Cuba bayangkan jika bayi tidak diajar membaca sejak kecil, adakah sewaktu besarnya, dia akan menjadikan membaca sebagai hobinya? Bayi yang didedahkan dengan teknik pembacaan yang betul akan mula menyukai proses membaca sehingga aktiviti tersebut menjadi rutin bagi bayi dan mereka amat menyukainya. Jadi, adakah anda akan merasakan bahawa bayi anda akan mengalami masalah dalam proses pembelajarannya atau mula tidak menunjukkan minatnya untuk belajar membaca ketika ke pra sekolah kelak?

Teknik yang paling sesuai untuk bayi adalah mengajarkan perkataan-perkataan yang mudah baginya. Satu demi satu perkataan. Dan perkataan tersebut adalah perkataan yang difahaminya. Itulah langkah awal dalam proses menggunakan Flash Card kepada bayi.

Glenn Doman, pelopor Institutes for the Achievement of Human Potential(IAHP) berkata:

"Bayi sangat bijak dalam bidang linguistik (bahasa)"

Hal ini kerana beliau sendiri telah membuktikan bahawa bayi yang diajar bahasa kedua, ketiga dan seterusnya dapat menguasai semua bahasa tersebut tanpa mengabaikan bahasa pertama mereka. Kajian ini dijalankan di Philadelphia.

Dalam proses pengajaran kepada bayi, Doman menegaskan 3 syarat utama yang perlu diberi perhatian. Kuat, jelas dan berulang-ulang. Alasannya adalah, bayi tidak belajar bahasa melalui mata kemudian ke otak, akan tetapi, ia melalui telinga dan terus ke otak. Oleh sebab itu, sebutannya perlulah kuat, jelas dan berulang-ulang.

Saya rasa saya telah pergi jauh dalam bab ini. Maka saya mencadangkan sebuah ebook yang sedang panas di pasar maya, Bayi Pandai Baca. Ebok ini mengisahkan pengalaman penulis dalam mengajar anaknya membaca dan beliau mendedahkan teknik Flash Card yang memang membantu anaknya membaca pada awal usianya.
BabyPandaiBaca

No comments:

Post a Comment