Tuesday 16 August 2011

Ibu Bapa Mahukan Anak Yang Pintar

Ibu bapa pastinya berhasrat memiliki anak2 yang bijak. Ramai ibubapa mahukan anak2 mereka hafiz dan hafizah yang menghafaz Al-Quran di usia muda. Ramai ibu bapa yang berteori tentang sistem pendidikan, kaedah mendidik anak dan ramai pula yang berangan-angan mahukan anak2 mereka boleh membaca dan menulis di usia yang muda. 

 Kata mereka usia muda anak2 jangan dibazirkan dengan bermain dan berhibur lalu memaksa anak itu menduduki peperiksaan, pelajaran khusus dan diberikan pelbagai info dan ilmu pengetahuan yang sarat dan berat.

Anak itu pun hampir biul tetapi ibubapanya berbangga dengan kejayaan si anak itu menguasai sifir matematik sukar, menyelesaikan soalan fizik dan bercakap dalam sepuluh bahasa ! Akhirnya jadilah anak itu orang yang rosak mental dan emosinya oleh keangkuhan dan ketamakan serta sikap tidak realistik si ibu dan si bapa. Sebab itu lah ramai remaja yang rosak itu terdiri daripada mereka yang geliga otaknya.  
Kita kadang-kadang terlalu idealistik, mahukan kesempurnaan. Melahirkan anak bijak bukan hanya dipengaruhi oleh faktor genetik semata-mata. Mana hak anak untuk bermain? Ianya telah dinafikan oleh ibubapa si budak tersebut dengan alasan kami lebih mengetahui apakah yang lebih baik untuknya maka sedang di waktu usia kanak-kanak lain sedang asyik leka bermain maka si ibubapa yang merasa diri mereka terpilih ini pun berbangga apabila anak anaknya sudah pun bijak menghafal dan membaca serta sibuk berkurung di dalam rumah untuk menelaah pelbagai buku dan kitab pelbagai bahasa.

Mereka ternyata telah menzalimi haknya sebagai seorang budak yang berhak menikmati fitrahnya untuk bersenda gurau, bermain dan berkawan serta membuat kesilapan yang semestinya satu kewajipan sebagai manusia. Maka tidak hairan ada di kalangan kanak-kanak genius atau terlebih ajar ini kelak apabila sudah dewasa menjadi lelaki atau perempuan yang lembap, pemalu atau gagal berkomunikasi dan tidak menjadi seperti yang diharapkan sewaktu usia muda. Ada ibubapa cukup marah apabila anaknya  nakal, membuat onar dan selalu melanggar arahan dan melakukan pelbagai kesalahan. Kadang2 itulah didikan tuhan dan kuasa fitrah dalam memperkukuhkan jiwa seorang insan.    


Didiklah anak2 dengan Iman, dengan adab dan akhlak kesopanan yang merupakan asas dalam kehidupan dan tonggak kemanusiaan. Lengkapkan anak-anak dengan keperluan asasi sebagai manusia seperti komunikasi yang baik, respek dan penghormatan kepada yang dewasa, Ajarkan mereka hormat kepada tuhan, hormat kepada alam, hormat kepada ibubapa dan hormat kepada manusia. Tunjukkan kepada mereka melalui teladan dan pelajaran amal daripada perbuatan baik ibubapa agar dapat dilihat dan ditiru oleh anak2 kita.


No comments:

Post a Comment