Wednesday 17 August 2011

Mendidik Anak Berbuat Salah

Di zaman kanak-kanak, antara aktiviti yang saya nantikan pada bulan puasa ialah bermain mercun selepas solat terawih. Ya, bermain mercun secara halal, kerana pada tahun tahun 60-an, bermain mercun dibenarkan oleh pihak polis. Seingat saya, selepas peristiwa 13 Mei, permainan mercun dibenarkan setakat dua-tiga hari pada hari raya. Beberapa tahun kemudian, ia diharamkan langsung hingga ke hari ini.


Saya masih ingat lagi, pada usia 7 tahun, abang saya melatih saya kemahiran membakar mercun. Jenis mercun yang diberikan kepada saya ialah mercun padi. Mercun sekecil cili padi ini dibeli dengan harga sepuluh sen untuk tiga puluh batang.


Saya diajar mengikat sejengkal ubat nyamuk pada ranting kayu. Abang menyuruh saya meletak mercun yang kecil itu di atas tin susu. Setelah mencucuh dan melihat percikan api, abang menggesa saya lari jauh-jauh sambil menutup telinga.


Kejayaan meledakkan sebutir mercun itu amat menggembirakan. Terkinja-kinja saya menari dengan rasa bahagia kerana ia petanda yang saya boleh menyalakan mercun. Pada hari itu juga saya mengecek mercun yang menjadi mainan abang saya iaitu mercun yang dikenali sebagai mercun batik. Mercun ini besar sedikit daripada mercun padi. Panjangnya pula seperti sebatang mancis.


Oleh kerana ia mempunyai corak-corak bunga pada permukaannya, ia dinamakan mercun batik. Berharga tiga puluh sen sebungkus yang mengandungi 20 batang, bunyi mercun batik lebih kuat daripada mercun padi. Tetapi, untuk mendapat bunyi yang kuat dan berpanjangan, mercun ini dibakar kesemuanya sekaligus. Orang kata membakar sepapan mercun.

 Bila kehabisan mercun padi dan mercun batik, saya akan memerhati abang saya bermain mercun yang dikenali sebagai mercun lada. Berwarna merah dan panjangnya kira-kira tiga sentimeter, bunyi mercun memang kuat. Bukannya berdentam, tetapi berdentum.


Oleh kerana bermain mercun dibenarkan ketika itu, kemahiran membakarnya sudah jadi satu kemestian kami sebagai kanak-kanak. Sama ada mencucuh sumbunya dengan lampu pelita, meletupkannya di dalam tin majerin untuk mendapat kesan gema, tidak ada di antara kami yang cedera. Saya cuma pernah kebas jari apabila mercun padi meletup di tangan. Teman sekampung saya cuma terbakar baju apabila mercun yang saya baling termasuk ke dalam poket baju Melayunya.


Tentu sekali apabila bermain mercun dibenarkan, bermain bunga api, terutamanya bunga api lidi dianggap permainan untuk bebudak perempuan. Permainan meriam tanah atau meriam buluh pula adalah permainan di kalangan remaja. Meriam tanah atau meriam buluh memang tidak pernah dibenarkan. Justeru, apabila anggota polis meronda dengan basikal untuk menangkap (sebenarnya hanya untuk menakutkan) mereka yang bermain meriam, masing-masing akan lari susup-sasap ke bawah rumah.


Kini, permainan mercun dan bunga api tidak dibenarkan. Selain sebab keselamatan, kita yang dewasa juga memahami bahawa membakar mercun bukan amalan yang dituntut agama. Tetapi, untuk nostalgia, ada di antara kita yang sudah dewasa dan beranak-pinak ini membelikan mercun dan bunga api pula buat anak-anak dan adik-adik. Kononnya untuk mainan mereka, padahal, kita turut tumpang sekaki.


Kita bukannya tidak tahu bermain mercun itu juga melanggar undang-undang. Namun, oleh kerana kita ingin melayan memori zaman lalu, secara tidak sedar, kita galakkan anak-anak kita melanggar undang-undang selain tidak mematuhi apa yang sepatutnya diamalkan oleh orang Islam.


Maaf cakap, andainya kita pernah lakukan sesuatu perkara itu disebabkan kejahilan, mengapa pula kita ajak anak-anak kita jahil seperti kita? Cukup-cukuplah kita sahaja yang mengharungi zaman jahiliyyah itu. Setelah dewasa dan berilmu, tidak cantik tabiat itu dikekalkan apatah lagi diteruskan walaupun ianya nostalgik. Kalau kita benar-benar anti-mercun, keinginan bermain mercun akan mati. Tidak akan ada lagi kanak-kanak yang hendak mencipta mercun sendiri hingga akhirnya hilang jari.


Ucapkan selamat tinggal kepada zaman jahiliyyah itu. Sebaiknya, berikan anak-anak amalan yang lebih baik daripada apa yang kita alami. Galakkan mereka melakukan sesuatu berpaksikan ilmu. Zaman kita yang jahil telah berlalu. Kerana itu, anak-anak tidak perlu melalui apa yang kita alami atas nama suka-suka.


Keseronokan tidak akan ke mana. Tetapi mematuhi agama itulah yang lebih bermakna.

Tuesday 16 August 2011

Ibu Bapa Mahukan Anak Yang Pintar

Ibu bapa pastinya berhasrat memiliki anak2 yang bijak. Ramai ibubapa mahukan anak2 mereka hafiz dan hafizah yang menghafaz Al-Quran di usia muda. Ramai ibu bapa yang berteori tentang sistem pendidikan, kaedah mendidik anak dan ramai pula yang berangan-angan mahukan anak2 mereka boleh membaca dan menulis di usia yang muda. 

 Kata mereka usia muda anak2 jangan dibazirkan dengan bermain dan berhibur lalu memaksa anak itu menduduki peperiksaan, pelajaran khusus dan diberikan pelbagai info dan ilmu pengetahuan yang sarat dan berat.

Anak itu pun hampir biul tetapi ibubapanya berbangga dengan kejayaan si anak itu menguasai sifir matematik sukar, menyelesaikan soalan fizik dan bercakap dalam sepuluh bahasa ! Akhirnya jadilah anak itu orang yang rosak mental dan emosinya oleh keangkuhan dan ketamakan serta sikap tidak realistik si ibu dan si bapa. Sebab itu lah ramai remaja yang rosak itu terdiri daripada mereka yang geliga otaknya.  
Kita kadang-kadang terlalu idealistik, mahukan kesempurnaan. Melahirkan anak bijak bukan hanya dipengaruhi oleh faktor genetik semata-mata. Mana hak anak untuk bermain? Ianya telah dinafikan oleh ibubapa si budak tersebut dengan alasan kami lebih mengetahui apakah yang lebih baik untuknya maka sedang di waktu usia kanak-kanak lain sedang asyik leka bermain maka si ibubapa yang merasa diri mereka terpilih ini pun berbangga apabila anak anaknya sudah pun bijak menghafal dan membaca serta sibuk berkurung di dalam rumah untuk menelaah pelbagai buku dan kitab pelbagai bahasa.

Mereka ternyata telah menzalimi haknya sebagai seorang budak yang berhak menikmati fitrahnya untuk bersenda gurau, bermain dan berkawan serta membuat kesilapan yang semestinya satu kewajipan sebagai manusia. Maka tidak hairan ada di kalangan kanak-kanak genius atau terlebih ajar ini kelak apabila sudah dewasa menjadi lelaki atau perempuan yang lembap, pemalu atau gagal berkomunikasi dan tidak menjadi seperti yang diharapkan sewaktu usia muda. Ada ibubapa cukup marah apabila anaknya  nakal, membuat onar dan selalu melanggar arahan dan melakukan pelbagai kesalahan. Kadang2 itulah didikan tuhan dan kuasa fitrah dalam memperkukuhkan jiwa seorang insan.    


Didiklah anak2 dengan Iman, dengan adab dan akhlak kesopanan yang merupakan asas dalam kehidupan dan tonggak kemanusiaan. Lengkapkan anak-anak dengan keperluan asasi sebagai manusia seperti komunikasi yang baik, respek dan penghormatan kepada yang dewasa, Ajarkan mereka hormat kepada tuhan, hormat kepada alam, hormat kepada ibubapa dan hormat kepada manusia. Tunjukkan kepada mereka melalui teladan dan pelajaran amal daripada perbuatan baik ibubapa agar dapat dilihat dan ditiru oleh anak2 kita.


Ibubapa bukan liabiliti

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilahkisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya inginpulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapatseratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak adaduit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. 

Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. 

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. 

Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. 

Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. 

Anak-anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). 

Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. 

Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi !

Masa Berkualiti Untuk Anak-Anak

Orang sibuk tahu menggunakan masanya dengan cekap, optimum dan berkesan.

Sebaiknya peruntukkan masa secara konsisten untuk anak-anak.
Walau pun masa di rumah mungkin terbatas, namun gunakanlah secara berkualiti.

Masa berkualiti ialah masa yang digunakan secara optimum dan mencapai tujuannya.

Kadang-kadang kita mengadu bahawa kita tidak cukup masa. Namun jika kita semak, berapa banyak masa yang kita gunakan untuk anak-anak secara optimum.

Di sini beberapa cara yang boleh digunakan untuk menjadikan masa kita berkualiti:
  • Apabila pulang dari kerja, hadkan dari melakukan aktiviti yang bersifat sendirian seperti menonton televisyen atau membaca surat khabar, terutama jika masa sudah suntuk. Sebaliknya gunakan masa itu untuk bersama-sama dengan anak. Perlu diingat, menonton TV 'bersama-sama' anak, hakikatnya tidak dikira bersama anak, dan biasanya tidak membawa impak pendidikan.
  • Lakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar, bersukan, bersama-sama anak mengikut kesesuaian umur mereka.
  • Jika kita mempunyai urusan atau program sampingan di luar, seboleh-bolehnya ajak anak bersama-sama, serta gembirakan dan raikan dia, agar dia tidak serik untuk mengikut lagi pada masa akan datang.
  • Bila bersama-sama dalam kenderaan, gunakan masa itu untuk berbual-bual, bertanya tentang kawan-kawan, membuat teka teki atau bercerita. Usah biarkan kita dan anak berdiam diri melayan perasaan masing-masing.
  • Sentiasa fikirkan aktiviti yang serampang dua mata, iaitu satu aktiviti yang boleh mencapai dua matlamat. Contohnya, kita mahu menyihatkan badan dengan bersenam, maka kita ajak anak kita untuk meriadah bersama-sama. Atau, sebagai guru, kita mempunyai tugasan untuk menanda kertas jawapan, maka kita boleh bekerjasama dengannya untuk mengira dan mengisi markah. Berikan ganjaran jika sesuai.

Kenapa terlalu sibuk?

Tegasnya, kesibukan yang dialami itu bukanlah alasan untuk kita abaikan anak-anak.

Jika kesibukan itu kerana kerja-kerja ukhrawi seperti berdakwah, melakukan aktiviti Islami dan seumpamanya, maka kita perlu ingat bahawa mendidik anak itu juga kerja ukhrawi. Keutamaannya tidak boleh dinafikan.

Mana mungkin kita sibuk mengajak orang mendekati agama, jika keluarga kita sendiri dibiarkan tanpa pedoman.

Bukankah menyampaikan kebenaran kepada yang hampir itu amat penting, di samping menyampaikannya kepada khalayak yang jauh.
Jika kesibukan itu kerana urusan mengumpul kekayaan, membina kerjaya dan mengembangkan empayar bisnes, maka ingatlah semua itu tidak akan ke mana.

Bila kita meninggalkan dunia, harta akan menjadi milik orang, kerjaya akan luput dan nama hanya menjadi kenangan.

Jika kita mendidik anak, anak-anak bisa terus-menerus melaburkan pahalanya kepada kita selepas kita pergi.

Doa-doa mereka bisa mengubah nasib kita kelak nanti.

Dan dengan kita mendidik anak sehingga dia menjadi soleh, kita dapat mengelakkan diri kita dari dibalun oleh Munkar Nakir dan dibakar di akhirat nanti. Ingatlah pesan Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka; yang kayu bakarnya ialah manusia dan batu-batu; penjaganya ialah Malaikat yang kasar, bengis, serta mereka tidak pernah mengengkari apa yang Allah suruh, dan mereka laksanakan apa jua yang Allah arahkan." - Surah al-Tahrim:6

Baginda Rasulullah pula bersabda:

"Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin. Seorang suami bertanggungjawab atas isterinya, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu. Seorang isteri bertanggungjawab atas urusan rumah suaminya, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu." - Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Tanggungjawab Ibu Bapa

Tegasnya, kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab atas usaha pendidikan ini.

Bapa sebagai pemimpin keluarga adalah pihak utama yang perlu berperanan.

Ibu pula perlu menggunakan segala potensi keibuannya untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah.

Jangan sampai anak itu menjadi terabai dan 'yatim sebelum yatim', akibat ibu bapa mereka 'mati sebelum mati', sebagaimana diungkap dalam syair Arab, yang diolah seperti berikut:

Bukanlah yatim itu
Si anak yang ibu ayahnya telah pergi...
Hidup perit tidak terperi
Dan ditinggalkannya dalam sepi
Sebetulnya yatim itu...
Si anak yang punya ibu, namun tiada peduli
Dan punya ayah, namun sibuk tak henti-henti.

Anak-Anak dan Masa Lapangnya

Antara faktor kegagalan dalam pendidikan anak-anak ialah kegagalan ibu bapa menangani soal penggunaan masa lapang anak-anak dengan baik. Kadang-kadang ibu bapa menyangka bahawa anak-anak sibuk seperti mereka. Dari pagi hingga ke petang berkejar ke sana-sini mencari rezeki. Kadang-kadang sibuk pula dengan urusan keluarga dan aktiviti kemasyarakatan. Sedangkan anak terbiar menghabiskan masa dengan sia-sia dan melalaikan.

Ada juga ibu bapa yang cuba menyediakan aktiviti berguna kepada anak-anak, agar mereka manggunakan masa dengan bijak. Namun ramai juga yang lupa bahawa anak-anak ini mempunyai darah muda, kudrat remaja yang sentiasa mahukan aktiviti yang sesuai dengan fitrah mereka.


Anak-anak suka bermain


Waktu anak-anak ini masih kecil, mereka cenderung kepada aktiviti-aktiviti bermain dan berseronok. Ada macam-macam permainan yang mereka suka. Baik permainan dalaman atau in-door, apa lagi yang bersifat luaran out-door.


Bagi ibu bapa yang masa kecilnya tinggal di kampung, perkara ini mungkin dianggap bukan satu masalah. Sewaktu mereka kecil dulu, ibu bapa mereka tidak perlu merancang dan mengatur penggunaan masa lapang.


Di kampung macam-macam permainan boleh dimainkan. Anak-anak akan menggunakan masa lapang dengan berbagai bentuk permainan dengan menggunakan segala sumber yang banyak tersedia dan ruang yang luas.


Namun kini, suasana agak berubah. Anak-anak sukar untuk bergerak bebas bermain di luar. Selain faktor ruang kawasan yang sempit, soal keselamatan juga menjadi hambatan yang kritikal. Anak-anak yang banyak terperap di rumah ini cepat bosan dan memberontak jiwanya. Maka di sini perlunya ibu bapa memikirkan soal perancangan dalam menggunakan masa lapang bagi anak-anak yang masih kecil.


Memahami Remaja


Jiwa remaja juga perlu diselami oleh ibu dan bapa. Secara umumnya remaja tidak suka rasa dikongkong. Nafsu ego yang bersarang dalam jiwa akan membuak-buak menuntut kebebasan dari kawalan orang lain. Namun, ini tidak bermakna remaja tidak boleh didisiplinkan. Jika kena gayanya, mereka boleh menjadi 'tentera-tentera' yang setia menjalankan tanggungjawab dan memenuhi hasrat ibu dan bapa mereka.


Remaja juga mahukan kepuasan fizikal. Zaman remaja adalah zaman cergas. Inilah masa keemasan untuk bersukan, dan berekreasi. Anggota badan dan perasaan remaja akan merasa puas jika digunakan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan keseronokan. Aktiviti fizikal ini bukan sahaja menyihatkan badan dan minda, bahkan juga membangkitkan emosi kegirangan dan mengendurkan rasa memberontak.


Selain suka mencuba, emosi remaja suka diasak dengan cabaran yang getir dan aktiviti yang lasak. Mendepani cabaran yang getir ibarat terbang ke langit tinggi. Melepasi cabaran getir itu bermakna melepasi satu kepuasan tidak terhingga. Jika emosi ini tidak tersalur pada jalan betul, para remaja mungkin akan menjadi mat rempit dan mat gian.


Peluang, Bukannya Ancaman


Realiti psikologi kanak-kanak dan remaja ini bukan satu ancaman atau kelemahan. Ia sebenarnya satu peluang peluang untuk  membentuk remaja gemilang. Soalnya bagaimana kita menggunakan masa lapang para anak-anak kecil dan remaja itu. Bagaimana kita menggunakan potensi anak-anak untuk mencapai kehebatan dalam hidup. Masa yang ditempuhi di alam kanak-kanak dan remaja amat berharga. Waktu inilah kepintaran, watak, sikap dan akhlak cepat berkembang. Aktiviti yang dilalui pada tempoh ini akan banyak memberikan kesan jangka panjang kepada hayat mereka seterusnya.

Tuesday 9 August 2011

Latih Anak-Anak Berfikir Positif

Kadang-kadang dunia persaingan akademik dan hambatan pembelajaran formal menjadikan anak-anak tumpul pemikirannya.

Ibu bapa masakini terlalu berlumba-lumba untuk melihat anak mendapat keputusan peperiksaan yang boleh membanggakan mereka, atau sekurang-kurangnya tidak menjatuhkan air muka bila ditanya oleh kawan-kawan, saudara mara atau jiran tetangga.


Terkadang anak-anak menjadi mangsa. Mereka mangsa ibu bapa yang mahu mempertahankan keegoannya.


Mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan belum tentu membuktikan anak-anak akan menjadi cemerlang.


Keputusan peperiksaan yang baik boleh menjadi petanda bahawa anak itu bersungguh-sungguh, rajin, punya daya ingatan baik, cepat memahami sesuatu dan bijak menyelesaikan sesuatu masalah.

Namun ia bukan satu bukti yang mutlak. Anak-anak yang cemerlang adalah yang punya keunggulan dalam rohaninya, pemikirannya, emosinya, akhlaknya dan fizikalnya.


Berfikir Untuk Cemerlang


Bahkan dalam aspek pemikiran, keputusan peperiksaan hanya dapat mengambarkan sebahagian kecil daripada kecemerlangan pemikirannya.


Oleh yang demikian ibu bapa perlu memiliki gambaran yang tepat berkaitan usaha memperkembangkan pemikiran anak-anak agar menjadi anak yang berfikiran cemerlang dan hebat.


Seperti yang pernah dibincangkan dahulu, Islam meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan pemikiran yang seimbang. Al-Quran itu sendiri menyedikan wahana unggul dalam membentuk pemikiran anak-anak.


Selain itu, Islam amat menggalakkan umatnya mengembangkan kebolehan berfikir.

Ungkapan "mudah-mudahan kamu berfikir', 'semoga kamu menggunakan akal' atau seumpamanya kerap didapati dalam Al-Quran.


Allah menyuruh para mukminin agar sentiasa merenung, bertafakur dan memikirkan dengan mendalam setiap fenomena alam yang dicipta oleh Allah.


Semuanya menjadi bahan untuk mendekatkan diri kepadaNya dan menjadikan umat muslimin cemerlang dunia akhirat.


Bahkan kecemerlangan Islam pada generasi awalan juga berlaku kerana keberanian umat Islam meneroka alam ilmu dan pemikiran bagi memenuhi kehendak agama dan manusiawi.


Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat. Soal kemahiran dalam berfikir kurang menjadi perhatian ibu bapa pada hari ini.

Anak-anak banyak didedahkan dengan fakta dan data.


Namun, sedikit dibiasakan dengan seni bagaimana menganalisa dan mengolah fakta, pengalaman, maklumat dan data.

Mereka banyak diarah untuk melakukan itu dan ini, tetapi sedikit didorong untuk mencari inisiatif dan berfikir secara proaktif.


Proaktif ya, Reaktif tidak.


Anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif.

Anak yang reaktif ialah anak yang tidak mampu mengawal dirinya dalam menghadapi cabaran.


Dia cepat menyalahkan cabaran yang mendatang, dan lambat berfikir untuk mengatasainya.


Dia suka merungut-rungut dengan kesulitan dan sulit untuk meragut peluang penyelesaian.


Dia amat terpengaruh dan terkesan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya dan amat kecil kebolehan untuk mempengaruhi dan mengawal sikap atau perlakuan diri sendiri.


Dia hanya berusaha apabila ditekan dan dipaksa.


Sebaliknya anak-anak yang proaktif adalah anak-anak yang tahu halatuju hidupnya dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya.

Dia berupaya untuk membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan seharian, dan bertanggungjawab atas pilihannya. Kesulitan yang menimpa tidak dianggap 'masalah' tetapi sebagai satu 'cabaran'.


Lantas dia menghadapainya dengan tabah.

Anak-anak yang proaktif juga punya kesedaran, dan keinsafan sehingga terdorong untuk melakukan kerja-kerja baik walau pun tanpa ditekan atau dipaksa.


Pemikiran dan sikap proaktif bukan wujud secara semulajadi dalam diri anak-anak.


Ia adalah hasil tarbiyah tidak formal sama ada sengaja atau tidak sengaja oleh pendidik mereka-terutamanya ibu bapa.


Pertamanya, anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya-menjadi hamba Allah yang cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Hal ini perlu diulang-ulang oleh ibu bapa.


Keduanya, setiap apa yang suruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya. Juga perlu dikaitkan dengan matlamat unggul tadi. Jika anak-anak disuruh mengemaskan bilik, nyatakan sebabnya.


Jika anak diminta habiskan nasi sehingga licin, sebutkan tujuannya. Demikian lah seterusnya.

Apakah Perkara Yang Penting Untuk Anak Kita?

Apakah perkara terpenting untuk anak-anak kita. Tidak dinafikan, semua ibu dan bapa tahu untuk menyediakan santapan fizikal–makanan dan minuman. 

Namun, hakikatnya, ibu dan bapa tidak boleh hanya pandai memberi makan minum serta pakaian kepada anak-anak, bahkan mereka seharusnya lebih tahu untuk memberikan santapan jiwa yang boleh menjamin kebahagiaan di akhirat kelak.
Hari ini ramai ibu dan bapa yang mampu memberikan segala macam kemahuan anak-anak seperti makan yang enak, hiburan yang menyeronokkan, percutian yang mewah, serta kemudahan seperti telefon bimbit dan pakaian yang cantik-cantik. 

Namun berapa ramai yang berupaya menghidangkan anak-anak dengan santapan jiwa dan asuhan agama agar rohaninya berasa puas dan tenang dengan panduan Ilahi.

Ramai juga ibu bapa yang dapat menyediakan rumah sebagai tempat perlindungan yang tersergam mewah, selesa dan lapang, namun gagal untuk melindungi anaknya dari jilatan api neraka yang mengganas. Tidak kurang juga ibu bapa yang dapat menggajikan pembantu-pembantu yang dapat memenuhi segala macam keperluan si anak duniawi, namun amat sedikit ibu bapa yang menyediakan guru yang dapat membimbing anak-anak bagi memenuhi tuntutan ukhrawi.

Demi mengejar keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam kegilaan persaingan dunia akademik persekolahan, ramai ibu dan bapa yang sanggup berbelanja besar menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan. Tidak cukup dengan kelas tambahan petang dan malam, dihantar pula ke kelas tambahan hujung minggu. Malah ditambah pula dengan segala macam bengkel strategi peperiksaan dan menjawab soalan.

Namun agak sukar mencari ibu bapa yang cakna untuk menghantar anaknya kepada guru yang mampu memperbetulkan solat, membaiki bacaan al-Quran serta mendidik adab yang Islami. Sedangkan program pendidikan Islam yang memupuk akhlak serta mendekatkan anak-anak dengan Islam amat penting untuk masa depan anak-anak itu.

Rasulullah SAW dalam riwayat Tarmizi bersabda:
Maksudnya:
"Tiada pemberian daripada seorang ayah yang lebih baik daripada adab yang mulia"
Dalam sabda lain melalui riwayat Al-Tabarani, Baginda SAW menyebut, maksudnya: "Lengkapkan anak-anak mu dengan tiga perkara: Cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi dan membaca al-Quran."

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa, golongan terdahulu dalam sejarah Islam telah menunjukkan contoh kesungguhan mendidik anak-anak melalui guru-guru yang soleh dan baik. Beliau membawa contoh dari kitab Muqaddimah Ibn Khaldun yang menyebut: Bahawasanya Harun Al-Rasyid, apabila menyerahkan puteranya Al-Amin kepada pendidiknya, telah berkata:

"Wahai Ahmar! Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan kepada mu buah hatinya, maka letakkan tangan mu ke atasnya dengan lemah lembut, dan ketaatan mu kepadanya wajib, letakkan dirimu kepadanya, seperti engkau meletakkan diri mu kepada Amirul Mukminin. Ajarkan dia membaca al-Quran, dan kenalkanlah dia dengan sejarah, pupuklah dia dengan syair-syair, penuhkanlah dadanya dengan Hadis-hadis Nabi, tunjukkilah dia cara-cara bertutur, dan jarangkanlah dia dari ketawa melainkan pada waktu yang sesuai, dan jangan sampai berlalu satu saat pun melainkan engkau asakkanlah dia dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa menyusahkannya, kelak akan mati pula otakknya, dan jangan terlalu beringan-ringan untuk memberikannya masa lapang, kelak dia akan merasa sedap dan sentiasa ingin berlapang-lapang, dan luruskan dia sekadar yang termampu dengan mendekatkan diri kepadanya, dan dengan lemah lembut, tetapi jika dia menolak sikap ini, maka hendaklah engkau mengambil sikap tegas dan keras."

Demikianlah pesanan panjang Khalifah Harun AL-Rasyid kepada guru anaknya. Apa yang penting, kita dapat menceduk pengalaman silam ini untuk menjadi kayu ukur kepada keperluan pendidikan anak pada hari ini.

Mudah-mudahan kita benar-benar arif dengan KEPERLUAN sebenar anak-anak kita, agar kita dapat bersua dengannya si syurga nanti. Amin.

Sunday 7 August 2011

Redha Allah Diatas Redha Ibu Bapa

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas baginda s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Keredhaan Allah atau Mardhotillah adalah sesuatu yang diharapkan oleh sekalian hamba Allah yang beriman. Setiap amalan yang kita lakukan hendaklah dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah kerana tiada apa lagi ganjaran yang lebih tinggi melainkan redha Allah s.w.t ke atas kita semua. Dengan redha Allah barulah kita mendapat bantuan, pertolongan dan ganjaran dari Nya. Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita.

Mencari keredhaan ibu bapa tampak seperti perkara kecil bagi muda-mudi Islam di zaman moden ini. Ada dari kita yang tidak menjaga adab dengan ibu bapa, ada yang mengaggap ibu bapa seperti rakan sebaya malah ada dari kita yang sanggup membentak dan menderhaka kepada kedua insan yang membesarkan kita dengan penuh susah dan payah. Mengundang kemarahan ibu bapa sama ertinya dengan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya.  Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya
bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

Kemarahan ibu bapa kadang kala tidak terlihat di raut wajah mereka. Kita sama sekali tidak tahu mereka berkecil hati terhadap perilaku kita. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajiban bagi kita semua untuk menjaga adab dan tingkah laku kita sebagai seorang anak setiap masa sebagaimana firman Allah s.w.t:

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

Cuba kita merenung kembali saat mereka membesarkan kita. Ketika itu kita hanyalah seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Tiada kekuatan dan tiada daya dan upaya tanpa pertolongan mereka. Bayangkan saat kita semua menangis ditengah malam, mereka bersengkang mata mendodoi dan menidurkan kita.
Tiada istilah tidur nyenyak bagi mereka demi untuk memastikan kita tidur dengan baik. Adakah kita semua lupa saat itu?. Fikirkan kembali bagaimana mereka memberikan kita makan, tempat tinggal, pelajaran, duit dan segala macam kesenangan untuk membesarkan kita hingga kita menjadi diri kita sekarang ini. Fikirkah kita semua itu?.

Sekarang, saat kita membesar dan mempunyai kekuatan, daya dan kesenangan, mudah bagi kita melupakan jasa kedua ibu bapa. Sedangkan suatu masa dahulu kita hanya tahu menangis dan meminta. Ketika mereka tidak lagi berdaya, tubuh sudah lemah, rambut dipenuhi uban dan mata mulai kabur, mungkinkah bagi kita menjaga mereka sama seperti mereka menjaga kita sewaktu kita kecil?.

Fikirlah sejenak wahai diriku dan saudaraku sekalian. Ada benarnya pepatah mengatakan bahawa seorang ibu dan bapa boleh menjaga sepuluh orang anak dalam suatu masa namun sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu dan bapa. Itulah hakikat pahit yang perlu ditelan.

Lihatlah wajah mereka, curahkanlah segala kasih sayang buat ibu dan bapa. Sesungguhnya mengasihi mereka membuahkan kemaafan dan keampunan dari Allah terhadap dosa kita. Ketika Abu Musa dan Abu Amir sampai ke Madinah dan berbai'ah kepada Rasulullah, maka Rasulullah bertanyakan keadaan isteri mereka ketika ditinggalkan. Mereka menjawab "Isteri saya tinggal bersama orang tuanya dan berbakti kepadanya" Rasulullah s.a.w berkata "Dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah s.w.t" Mereka bertanya kepada Rasulullah "Kenapa ya Rasulullah?." Baginda menjawab "Kerana dia berbakti kepada orang tuanya".

Hargailah ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada. Selagi mereka masih disisi kita, itu adalah anugerah Allah dan wajiblah kita menjaga mereka sebaik mungkin. Tanpa ibu dan bapa siapalah kita. Ucapkanlah kata sayang, tautkanlah bibit cinta dan rantaikanlah dengan rantaian kasih bersama mereka. Moga redha Allah bersama dengan kita kerana redhanya ibu bapa terhadap kita. insyaAllah.

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Sumber :
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=88

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Doa Jumak 1

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.


Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;



Doa Jumak 1

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.

Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.


Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri
1. Doa Bersetubuh
    

Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.

Doa Jumak 1
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

2. Doa ketika hampir keluar mani

Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.

Doa Jimak 2 

Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)


Friday 5 August 2011

Allah lah yang Menjaga Anak Kita

Sumber :
http://anakkusoleh.com/?p=119

Suatu hari sewaktu saya sedang sibuk menguruskan rumahtangga, saya terpaksa meninggalkan bayi saya yang berusia 3 bulan di bilik tidur buat sementara. Tidaklah jauh pemergian saya dari tempatnya, cuma ke dapur sahaja :P 

Dalam keadaan tergesa-gesa, anak saya yang sulung sibuk mengejar saya;
Nabilah: “Mama, kenapa tinggalkan baby sorang-sorang?”
Mama: “Mama nak ke dapur sekejap sahaja”
Nabilah: “Baby tak boleh tinggal sorang-sorang..(Nabilah berhenti mengejar saya, dan berhenti sambil menadah tangan) Ya Allah, tolong jagakan baby…Aamin”

Nabilah pun datang ke arah saya dengan wajah yang berseri-seri.
Nabilah: “Ok mama! Allah dah jaga baby.. Kita dah boleh buat kerja di dapur”
Peristiwa itu telah memberikan pengajaran buat saya. Sesungguhnya Allah lah yang menjaga anak kita. Samada sewaktu kehadiran kita di sisinya atau pun tidak.

Allah swt memelihara manusia sejak berada dalam rahim ibu lagi. Allah swt berikan makanan, Allah swt berikan udara, Allah swt menjaga pembentukan anggota badan dan organ dalamannya. Semuanya dipelihara oleh Allah swt dengan begitu sempurna.

Andainya kita disuruh menjaga anak yang berada dalam kandungan kita, mungkin jari tangannya tidak cukup 10 ataupun terlebih daripada itu. Mungkin juga ada sel yang terlupa untuk dibentuk memandangkan berjuta-juta sel terdapat dalam tubuh manusia.

Allah Maha Memelihara.
Sifat Allah sama sekali tidak sama dengan manusia. Setiap kali Allah swt menciptakan sesuatu, maka Dia akan pelihara ciptaan itu sehingga ke akhirnya. Begitulah juga dengan anak kita, walau apa yang dilihat, kita yang menjaganya, tapi yakinlah, hakikatnya bukan kita yang menjaganya, tetapi Allah lah yang memeliharanya.
Rasulullah saw pernah bersabda:
Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu
Sama-samalah kita memelihara hak-hak Allah dengan menunaikan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarangNya, maka insyaAllah, kita dan anak kita sentiasa sentiasa berada dalam pemeliharaannya.
Sesungguhnya, tiada penjagaan yang lebih baik daripada pemeliharaan Allah. “Fallahu khairun haafizo“ (Allah lah sebaik-sebaik penjaga).
Waallhua’lam
Ummu Solihin

Bagaimana Nak Ceritakan Kebesaran Allah pada Anak?

Ada satu ketika dahulu, saya sendiri pernah mengalami kesukaran untuk menceritakan kebesaran Allah pada anak. Entah kenapa, kalau orang minta ceritakan tentang bisnes, laju sahaja mulut ini berkata-kata. Tapi, bila tiba disuruh bercerita tentang kebesaran Allah, bicara saya mula gagap dan terangkak-rangkak..macam kura-kura.

Apabila tersedar tentang perkara ini, saya mula mengesan bahawa, hal ini terjadi kerana setiap hari saya asyik sebut tentang bisnes, orang dan dunia. Sampaikan dunia telah mula menguasai hati saya. Lebih malang lagi, sampaikan saya tidak dapat menyebut tentang kebesaran pencipta dunia ini. Astaghfirullahal azim! Rasa malu yg teramat sangat pada Allah. Semoga Dia ampunkan saya.

Sedikit demi sedikit saya mulakan latihan. Setiap kali bercerita tentang dunia, saya akan selitkan cerita tentang kebesaran Allah. Sedikit pun jadi lah…

Mula-mula, cakap perkara yang simple dahulu pada anak..

Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa
Allah Maha Pemberi Rezeki
Allah Maha Penjaga
Allah Maha Bijaksana

Daripada perkataan simple ini, cuba kaitkan dengan apa yang ada di sekitar kita dan buat sedikit analisis. Kita boleh ambil contoh daripada anggota badan;

Lihat pada mata. Allah swt ciptakan mata di hadapan muka.

Analisis: Macam mana jika Allah ciptakan mata di belakang kepala. Mesti susah nak masukkan makanan ke dalam mulut kan?

Dakwah: Allah Maha Bijaksana dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya.
Tengok hidung pula.

Analisis: Bagaimana kalau lubang hidung menghadap ke atas? Tentu bila hujan turun, air hujan akan masuk ke dalam hidung. Mesti susah kan? Setiap kali hujan, hidung kena pakai payung :) 

Dakwah: Allah Maha Mencipta dan Memelihara. Dia ciptakan makhlukNya dan Dia akan pelihara setiap ciptaanNya.

Dan banyak lagi, kebesaran Allah yang boleh diceritakan tentang anggota badan….
Perbandingan rambut dan bulu-bulu badan yang lain. Rambut boleh memanjang. Tetapi, kenapa bulu mata tetap sama sahaja panjangnya?

Kenapa jari-jari manusia tidak sama tinggi?

Bagaimana cap jari manusia boleh berbeza antara satu sama lain?

Kesemuanya adalah bukti-bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa Allah swt Maha Berkuasa. Selepas bercerita tentang anggota badan, kita ceritakan pula tentang kehidupan alam. Peredaran siang dan malam. Kejadian hujan. Fenomena gempa bumi dan thunami.
Akhirnya, lebih banyak kita bercakap tentang kebesaran Allah ini, hati kita akan bertambah yakin kepada kekuasaan Allah swt. Allah swt boleh jadikan apa sahaja. Sedangkan makhluk tak dapat melakukan apa-apa tanpa keizinan daripada Allah swt.
Allah swt tidak perlukan pertolongan manusia untuk tukarkan siang dan malam. Allah swt tidak perlukan pertolongan manusia untuk turunkan hujan. Apabila Allah swt ciptakan gempa bumi dan thunami, tiada seorang manusia pun yang dapat mencipta mesin untuk menghentikannya.
Allah swt Maha Kuasa, makhluk tidak ada kuasa.

Bercerita mengenai kebesaran Allah memerlukan latihan setiap hari. Bermula dengan perkataan yang simple sahaja. Kemudian sedikit demi sedikit, Allah swt akan datangkan ilham mengenai analisis kebesaran Allah swt. Semakin kerap kita bercakap mengenai kebesaran Allah, semakin dalam analisis yang akan dapat kita fikirkan.

Semuanya berpunca daripada, iman yakin terhadap kekuasaan Allah swt yang sudah mula menguasai hati. Secara fitrahnya, apa yang ada di dalam hati, akan terlontar melalui kata-kata. Mulakan dengan bercakap tentang kebesaran Allah swt kepada anak-anak. Kemudian, luaskan skop percakapan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.

Ingatlah, semakin kerap kita bercakap mengenai kebesaran Allah swt, maka semakin kerap juga lah iman kita akan meningkat. Apabila iman kita meningkat, mudah-mudahan, semakin mudah lah untuk kita mengamalkan perintah Allah. InsyaAllah :)
Ummu Solihin

Thursday 4 August 2011

Berdoa untuk Anak dengan Cara yang Disukai oleh Allah

Allah swt Maha Berkuasa.
Allah swt boleh lakukan apa sahaja tanpa sebarang pertolongan daripada makhluk. Allah swt boleh hidupkan makhluk hanya dengan kalimah “kun” (jadilah!) sahaja. Allah swt juga berkuasa mematikan makhluk, dengan sakit atau tanpa sebarang sakit. Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat, meskipun di kawasan yang tandus seperti dalam kisah Nabi Nuh a.s. Dan Allah swt berkuasa memberikan banjir ke satu tempat dengan hujan, atau pun tanpa hujan. Begitu juga, Allah swt boleh keringkan satu tempat yang banjir, dengan matahari, atau pun tanpa matahari. Betapa hebatnya kuasa Allah swt. Allahuakbar! :) 

Allah swt Maha Pencipta.
Allah swt telah menghidupkan manusia daripada setitis air mani. Allah swt telah menjaga anak yang berada dalam kandungan sehingga cukup segala sifatnya, kemudian dijaga dan dipelihara sehingga selamat dilahirkan oleh ibunya. Apabila seorang bayi telah lahir ke dunia, sedikit demi sedikit Allah swt telah berikan penglihatan dan pendengaran kepadanya. Allah swt telah pelihara rezeki seorang bayi, walaupun dia tidak  dapat bergerak ke mana-mana. Dan Allah swt telah hantar makanan dan minuman terus tersuap ke dalam mulutnya. Subhanallah! :) 

Mengapa Allah swt menciptakan tanda-tanda kebesaran ini?
Kerana Allah swt menghendaki kita untuk memikirkan dan menyebut-nyebut tentangnya. Semakin banyak kita berFIKIR dan berCAKAP tentangnya, maka semakin meningkatlah iman dan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah swt. Semakin kita yakin pada kekuasaan Allah swt, maka bertambahlah keyakinan kita terhadap pertolongan daripada Allah swt.
Sebagaimana yang telah disebutkan dalam Surah An Nasr (Pertolongan),
Surah AnNasr
Maksudnya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
(1) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan
(2) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
(3) maka bertasbihlah dengan dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Betapa gembiranya Allah swt tatkala hamba-hambaNya memuji-muji namaNya dan memohon keampunan daripadaNya. Sehingga di ayat terakhir surah ini, Allah swt telah perintahkan kita untuk bertasbih dan memohon ampun daripadaNya. Sahabat-sahabat r.ahum telah melakukannya, dan Allah swt sangat menyukainya sehingga Dia telah mengurniakan kemenangan yang besar kepada umat Islam di zaman tersebut.
Sebagaimana Allah swt telah menurunkan pertolonganNya di zaman para sahabat r.ahum, Allah swt juga berkuasa menurunkan pertolongan seperti itu atau lebih hebat lagi di zaman ini. Allah swt akan menurunkan pertolongan kepada umat Islam, apabila mereka sibuk memuji-muji kebesaran Allah swt dan mereka turut memohon keampunan daripada Allah swt. Allah swt sangat sukakan dua perkara ini.

Maka insyaAllah, sama-samalah kita berusaha untuk berdoa buat anak-anak kita dengan cara yang disukai Allah. Sebelum menyatakan hajat kepada Allah swt;

1. Pujilah dan sebutlah kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya, sehingga datang kesan di dalam hati kita. Samada kita berada di dalam mood berdoa atau pun tidak, sebutkan, cakapkan, ceritakan & dakwahkan kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya. Nescaya, InsyaAllah, segala doa kita akan menjadi makbul dan pertolongan daripada Allah swt akan datang mencurah-curah kepada kita.

Tip:
Bagi kita (terutama diri saya), ibubapa yang baru-baru nak belajar menyebut kebesaran Allah swt ini, adakalanya kita tiada idea untuk menyebutkan kebesaran Allah swt yang mana satu. Jika situasi ini berlaku, mulakan dengan kebesaran Allah swt yang kita mahukan untuk anak kita. 

Sebagai contoh;
Jika kita mahu Allah murahkan rezeki anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pemberi Rezeki, sebanyak-banyaknya.

Jika kita mahu Allah swt berikan kepandaian kepada anak kita, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Bijaksana.

Jika kita mahu Allah swt berikan anak kita sifat pengasih dan penyayang, maka pujilah, sebutlah, dan ceritakan apa sahaja tanda kebesaran Allah yang berkait dengan Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang, sebanyak-banyaknya.

Selepas kita dapat menyebut satu sahaja kebesaran Allah swt, dan kita berazam untuk menyebutnya lagi dan lagi, maka Allah swt akan berikan kita pertolongan dan ilham untuk kita menyebutkan kebesaran-kebesaran Allah yang lain. InsyaAllah :) 

2. Beristighfarlah. Mohonlah keampunan daripada Allah swt sebanyak-banyaknya, kerana Allah swt suka untuk menzahirkan sifatNya yang Maha Pengampun. Allah swt suka orang yang bertaubat. Allah swt mahu kita segera bertaubat selepas melakukan sesuatu dosa. Allah swt sangat suka untuk mengampunkan hamba-hambaNya.

Sekiranya kita memerlukan pertolongan daripada Allah swt (dan hakikatnya kita sentiasa memerlukan pertolongan daripadaNya), mohonlah dengan cara yang disukai oleh Allah swt. InsyaAllah, pertolongan Allah swt akan turun mencurah-curah kepada kita dan anak-anak kita. Dan kalau tidak keberatan, sertakanlah doa buat anak-anak saudara-saudara kita dan umat Nabi Muhammad saw di seluruh alam.
Wallahua’lam
Ummu Solihin

Mendidik Anak Beriman Kepada Perkara yg Ghaib

 Sumber :

http://anakkusoleh.com/?p=405

Beberapa minggu lalu, dunia internet telah digemparkan dengan sebuah video yang merakamkan malaikat turun di atas kaabah. Dan tidak lama kemudian, muncul pula sebuah video lagi yang mengesahkan bahawa Video malaikat turun dari langit adalah rekaan semata-mata
Saya tertarik untuk menulis tentang perkara ini, kerana saya teringat  suatu kisah yang pernah terjadi pada saya suatu ketika dahulu..
Ada suatu masa, sekitar tahun 2009, saya begitu teruja untuk menunjukkan kepada suami saya sebuah video tentang keajaiban berlaku apabila masyarakat setempat beramai-ramai mengucapkan Laailaahaillah. Samada video itu sahih atau pun tidak, wallahua’lam. Dalam keterujaan saya bercerita, lantas suami saya melarang saya daripada melihat video seperti itu lagi. Saya bertanya kepadanya, “kenapa bang?” (sepatutnya, bila suami kata tak boleh tu, taat je lah..Tapi inilah, isteri akhir zaman..Sabo je la ;-)  )
Jawapan yang suami saya berikan ringkas sahaja;
“Bukankah kita diperintahkan untuk beriman kepada perkara yang ghaib?”
Jawapan yang ringkas itu telah menusuk ke dalam hati saya, menyebabkan saya berfikir panjang, lalu terus mengucapkan syahadah dan istighfar.
Benar, duhai suamiku. Kita wajib beriman kepada perkara yang ghaib.
Kita wajib beriman dengan Allah, walaupun kita tidak dapat melihatnya.
Kita wajib beriman dengan Malaikat, walaupun kita tidak pernah melihatnya.
Kita wajib beriman dengan adanya syurga dan neraka, walaupun kita tidak pernah berpeluang untuk melihatnya apatah lagi mencium baunya.
Sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah: ayat 1 – 5.
albaqarah1-5
Maksud ayat yg bergaris merah:
(Orang-orang) yang beriman kepada perkara yang ghaib… (3)
…. dan mereka itulah orang-orang yang BERJAYA (5)
Maka oleh sebab itu, untuk menjadi orang yang berjaya, salah satu ciri-cirinya ialah, kita wajib beriman kepada yang ghaib.
Ketika Firaun laknatullah sedang terumbang ambing di dalam laut (setelah laut yang terbelah, bercantum semula), dia telah berkata kepada Nabi Musa a.s; “Wahai Musa, aku beriman kepada Tuhanmu”. Walaupun dia telah menyatakan keimanannya, namun taubatnya tidak diterima oleh Allah swt kerana dia tidak beriman kepada perkara yang ghaib, tetapi dia hanya beriman apabila malapetaka berlaku benar-benar di hadapan matanya.
Kita berdoa kepada Allah swt semoga kita diberikan keimanan kepada perkara yang ghaib, kerana itulah kehendak Allah swt ke atas diri kita. Dan kita wajib didik anak-anak kita untuk beriman kepada perkara yang ghaib juga.
Jadi, bagaimana caranya?
Perbanyakkanlah bercerita tentang kebesaran Allah swt kepada anak-anak kita.
Sekiranya kita tidak usahakan iman anak-anak kita, mereka hanya akan tahu bahawa ultraman dan doraemon sahaja yang berkuasa. :-?
Kita perlu banyak bercerita tentang kebesaran Allah kepada mereka, melebihi daripada tv bercerita tentang kebesaran makhluk kepada mereka.
Sewaktu sedang makan, kita boleh cerita kebesaran Allah.
Sewaktu sedang bermain, kita boleh cerita kebesaran Allah.
Sebelum tidur, kita boleh ceritakan tentang kebesaran Allah dalam kisah-kisah Nabi dan para sahabat.
Di mana kita boleh dapatkan sumber cerita-cerita perkara ghaib ini?
Ya, sumber yang terbaik adalah Al Quran dan Hadis. Di dalamnya terkandung jutaan mungkin berbilion kebesaran Allah swt. Di dalam ayatul Qursi sahaja sudah mengandungi bermacam-macam kuasa Allah. Gunakanlah sumber yang diberikan oleh Allah swt ini untuk menghayati dan mendidik anak-anak kita tentang kebesaran Allah.
Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah,
Sebagai ibubapa, kita kena pastikan, anak-anak kita hanya beriman dan yakin HANYA pada Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Tidak ada yang berkuasa melainkan Allah.
Dan kita perlu teruskan usaha, sampailah terkeluar daripada mulut anak kita, Allah yang berkuasa. Allah sahaja yang berkuasa. Ultraman, doraemon, dll semua tak ada kuasa. :-D
Walaupun anak kita sudah pandai berkata seperti itu, kita tetap teruskan lagi bercerita dan bercerita tentang kebesaran Allah swt, sehinggalah dia dewasa. Setiap hari, kita hanya bercerita tentang kebesaran Allah swt kepadanya. Sampaikan satu saat, kita boleh bertukar-tukar cerita tentang kebesaran Allah dengan anak kita.
Kesannya, anak kita akan dapat me”rasa”kan, ke mana sahaja dia pergi, Allah swt akan sentiasa bersama-sama dengannya. Walaupun dia tidak pernah melihat Allah swt. Walaupun dia tidak pernah disapa oleh Allah swt. Walaupun dia tidak pernah melihat video kewujudan Allah.
Namun dalam hatinya, anak-anak kita hanya yakin 1 perkara..bahawa Allah lah yang Maha Berkuasa. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Kuasa.
Begitu jugalah dengan perkara-perkara ghaib yang lain, seperti syurga dan neraka, malaikat, hari kiamat, qada & qadar. Kita perlu ceritakan sebanyak-banyaknya kepada mereka, supaya iman kita dan iman mereka akan terus meningkat.
InsyaAllah, mari kita terus usahakan iman anak-anak kita…..terus berusaha..sampai saat Allah swt memanggil  kita untuk menghadapNya.
Wallahua’lam
Ummu Solihin

WAHAI KAUM MUSLIMIN ! DIDIKLAH ANAK KALIAN

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

WAHAI KAUM MUSLIMIN ! DIDIKLAH ANAK KALIAN
Jumat, 27 Mei 11

Shahabat Ibnu ‘Umar radhiyallahu 'anhuma meriwayatkan dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwasanya beliau bersabda:


« ألا كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته ، فالأمير الذي على الناس راع وهو مسئول عن رعيته ، والرجل راع على أهل بيته وهو مسئول عنهم ، والمرأة راعية على بيت بعلها وولده وهي مسئولة عنهم ، والعبد راع على مال سيده وهو مسئول عنه ، ألا فكلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته » . رواه مسلم

"Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (pemimpin negara) adalah pemimpin dan ia akan ditanya tentang rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki/suami adalah pemimpin bagi keluarga nya dan ia akan ditanya tentang mereka. Wanita/istri adalah pemimpin terhadap rumah suaminya dan anak suaminya dan ia akan ditanya tentang mereka. Budak seseorang adalah pemimpin terhadap harta tuannya dan ia akan ditanya tentang harta tersebut. Ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya." (HR. Al-Bukhari no. 5200, 7138 dan Muslim no. 4701 dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu 'anhuma)

Hadits di atas memberikan faidah kepada kita bahwa setiap orang tua (bapak dan ibu) berkewajiban untuk memelihara dan mengurus anak-anaknya. Adapun pengurusan anak meliputi pemberian sandang, papan (tempat tinggal) dan pangan (makanan). Namun yang tidak kalah penting dari ketiga hal tersebut adalah pemberian pendidikan kepada mereka. Masih banyak orang tua yang meremehkan pendidikan anak-anaknya, mereka mengira bahwa tanggung jawab mereka telah mereka tunaikan apabila mereka telah memberikan sandang, papan, pangan dan menyekolahkan mereka. Mereka lupa bahwa pendidikan agama adalah salah satu kewajiban yang harus mereka tunaikan bagi anak-anak mereka. Karena mendapatkan pendidikan agama adalah hak setiap anak.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:”Barang siapa yang meremehkan pendidikan anak dengan tidak memberikan sesuatu yang bermanfaat baginya, dan membiarkannya sia-sia, maka dia telah berbuat keburukan yang sangat buruk kepada anaknya. Dan kebanyakan rusaknya anak datang dari sisi bapaknya, karena mereka melalaikan anak-anaknya, tidak mengajari mereka kewajiban-kewajiban dan sunah-sunah agama. Lalu mereka pun menyia-nyiakan anak-anak mereka di waktu kecil, sehingga mereka tidak bisa bermanfaat untuk diri sendiri dan tidak bisa pula memberi manfaat terhadap orang tuanya di masa tua.” (Tuhfatul Maudud bi Ahkaamil Maulud)

Di antara faktor yang menjadi penyebab mereka meremehkan pendidikan agama bagi anak-anak adalah ketidaktahuan mereka tentang karakterisik pedidikan bagi anak. Oleh sebab itu wajib bagi kita mengetahui karakterisik pendidikan agama bagi anak. Di antara karakterisik tersebut adalah sebagai berikut:

Pertama: Pendidikan adalah ibadah

Sesungguhnya mendidik anak adalah suatu ibadah yang seorang muslim akan diberi pahala atas apa yang dia lakukan dalam mendidik anak-anaknya. Maka di dalamnya harus ada keikhlasan niat dan pemurnian niat semata-mata karena Allah. Janganlah seorang muslim capek dalam mendidik muridnya (atau anaknya) dengan niat supaya dikatakan seorang professional, atau supaya diacungi jempol, dan diakui bahwa dia telah mengerahkan usaha yang maksimal dalam mencari jalan hidayah untuk keluarganya. Atau supaya dikatakan:”Sungguh luar biasa pendidik ini! Sungguh sukses pengajar ini!” Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,


{وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين} [البينة: ه[

”Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya.” (QS. Al-Bayyinah: 5)

Dari ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:


((إنما الأعمال بالنيات((…

”Sesungguhnya suatu amalan tergantung niatnya..”(HR. al-Bukhari dan Muslim)

Dan juga diharuskan meneladani dan mencontoh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam mendidik anak, karena sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk beliau, metode yang paling sempurna adalah metode beliau dan jalan yang paling terang adalah jalan beliau shallallahu 'alaihi wa sallam.

Maka meneladani Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam mendidik kelurga adalah suatu keharusan dan tidak ada pilihan lain, tidak boleh berpaling darinya, karena di dalamnya ada buah yang jelas, hasil yang bisa langsung dirasakan. Dan tidak mengapa untuk mengambil faidah dari uslub (metode) pendidikan modern yang sesuai dengan ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan tidak menyelisihi ajaran beliau, karena ‘Aisyah radhiyallahu 'anha berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,


من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

”Barangsiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami (agama Islam) ini yang bukan darinya maka dia tertolak.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Dan di dalam menelaah dan mengkaji sunah-sunah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tentang pendidikan beliau terhadap keluarganya sudah mencukupi kita dari mempelajari metode-metode yang lain.

Kedua: Berharaplah pahala dari Allah

Berharaplah pahala dari Allah Subhanahu wa Ta'ala dari apa yang anda usahakan dalam mendidik mereka, karena pendidikan itu berat, tidak ringan, panjang tanpa akhir, dan butuh biaya besar tidak sedikit. Dan seseorang tidak mendapatkan pahala melainkan apa yang ia harapkan. Sebaik-baik cita-cita adalah apa yang dicita-citakan untuk kebaikan keluarga, sebaik-baik nafkah adalah apa yang dikeluarkan untuk keluarganya.

Dari Tsauban radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,


((أفضل دينار ينفقه الرجل دينار على عياله((

”Dinar yang paling utama yang dibelanjakan seseorang adalah dinar yang ia belanjakan untuk keluarganya,…” (HR. Imam Muslim)

Dan dari Abi Mas’ud al-Badri radhiyallahu 'anhu, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,


إن المسلم إذا أنفق على أهله نفقة؛ وهو يحتسبها، كانت له صدقة

”Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala dengannya maka nafkah tadi teranggap sebagai sedekahnya. (HR Bukhari dan Muslim. Adapun lafazh hadits menurut riwayat Imam Bukhari)

Maka setiap orang melakukan pendidikan, minimal mendidik anak-anaknya sendiri, namun tidak semuanya mendapatkan pahala. Maka perhatikanlah hal ini….

Ketiga: Hidayah bukan di tanganmu

Sesungguhnya hidayah –dalam artian masuknya iman, taufiq dan keteguhan di atasnya- bukan di tanganmu. Akan tetapi ia ada di tangan Dzat yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki dengan karunia dan rahmat-Nya, dan yang menyesatkan siapa yang dikehendaki dengan keadilan dan hikmah-Nya. Namun yang wajib bagi anda hanyalah memberikan bimbingan, nasehat dan arahan. Maka janganlah anda melalaikan dan meremehkannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,


{إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء} [القصص: 56[

”Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, ...” (QS. Al-Qashash: 56)

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman,


ليس عليك هداهم ولكن الله يهدي من يشاء} [البقرة: 272[

”Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya....” (QS. Al-Baqarah: 272)

Dari Abu Dzar radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,


(قال الله عز وجل:... يا عبادي كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني أهدكم(

”Allah Azza Wajalla berfirman:’…Wahai hambaku, kalian semua adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah kepada-Ku.”

Engkau tidak memiliki daya dan kekuatan untuk memberi manfaat bagi dirimu sendiri, maka untuk memberikannya kepada orang lain lebih tidak mampu lagi. Maka janganlah bersandar kepada dirimu, jangan mengandalkan kemampuanmu, dan janganlah yakin kepada selain Rabbmu (Allah), serahkan urusanmu kepada kepada-Nya, bertawakallah kepada-Nya dan mintalah pertolongan dari-Nya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,


{وعلى الله فتوكلوا إن كنتم مؤمنين} [المائدة: 23[

”Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (QS. Al-Maa’idah: 23)

Dia juga berfirman,


وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ (88)

”Dan tidak {ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali....” (QS. Huud: 88)

Dan perbanyaklah berdo’a kepada-Nya, berharap kepada-Nya, bersandar dan merendah di hadapan-Nya. Jangan pernah sekali-kali mengatakan:”Semua ini berkat kecerdasanku, berkat pengetahuanku, berkat kerja kerasku dan lain-lain, namun engaku –di setiap kondisimu- selalu butuh kepada Allah, tidak bisa lepas dari-Nya dan tidak ada tempat untuk lari dari-Nya.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berdo’a,


(يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين((

”Wahai (Allah) Yang Mahahidup, wahai Yang Mahaberdiri sendiri dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah untukku seluruh urusanku dan janganlah Engkau menyerahkannya kepadaku walau sekejap mata.”

Keempat: Keteladan dalam segala hal

Tidak diragukan dan tidak perlu diperdebatkan lagi tentang pentingnya keteladanan yang baik di dalam segala bidang, maka dirimu adalah bidang yang pertama. Jika engkau mampu menjadi teladan yang baik untuk dirimu sendiri niscaya engkau akan lebih mampu menjadi teladan bagi selainmu. Maka mulailah dari dirimu sendiri, perbaikilah dirimu, niscaya Allah akan memperbaiki orang-orang yang ada di bawahmu (orang yang engkau pimpin) dan orang-orang yang mengikutimu. Karena mereka, kapan mendengar sesuatu yang bertentangan dengan apa yang engkau perbuat, niscaya akan terjadi ketimpangan dan jadilah perkataanmu tidak memiliki dampak pada mereka. Sebagaimana perkataan penyair:


لا تنه عن خلق وتأتي مثله عار عليك إذا فعلت عظيم
Janganlah kalian melarang sesuatu namun engkau melakukannya, sungguh besar aib atasmu apabila engkau melakukannya

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,


{وما أريد أن أخالفكم إلى ما أنهاكم عنه إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت وما توفيقي إلا بالله عليه توكلت وإليه أنيب} [هود: 88[

”Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.” (QS. Huud: 88)

Kelima: Lenturlah seperti pisau

Lenturlah dan lembutlah seperti pisau yang memotong tanpa menyakitkan. Kelembutan adalah nikmat yang besar yang berpengaruh pada jiwa yang mulia dan tidak bisa dipengaruhi oleh sikap kasar dan kekerasan. Dari ‘Ubaidaillah bin Ma’mar radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,


- ما أعطي أهل بيت الرفق إلا نفعهم، ولا منعوه إلا ضرهم

”Tidaklah sebuah penghuni rumah dikaruniai kelembutan kecuali ia akan memberi manfaat kepada mereka, dan tidaklah mereka dihalangi darinya melainkan ia akan membahayakannya.”

Dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anhuma:


(ما يكون الرفق في شيء إلا زانه ولا ينزع من شيء إلا شانه(

”Tidaklah kelemah lembutan ada pada sesuatu melainkan ia akan memperindahnya dan tidaklah ia diangkat dari seuatu melainkan akan memperburuknya.”

Keeenam: Lapang dada, dan tidak tergesa-gesa

Diharuskan tahapan dalam merubah sesuatu. Dahulukan yang paling penting kemudian yang penting dan seterusnya, dan tidak tergesa-gesa untuk medapatkan hasil yang diinginkan.

(Sumber:Diterjemahkan dengan ringkasan dari artkel di http://www.freemoslem.com/showthread.php?t=1404, oleh Abu Yusuf Sujono)

sumber artikel: http://www.alsofwah.or.id/index.php?pilih=lihathadits&id=265A